written by: Farah Nabilah
p/s: tulisan dalam ni tak formal k, jangan kecam. hee.
Khamis
26/4/2018
Petang
tersebut, suasana di dalam rumah sewa 880 mulai menjadi haru biru. Haru biru dengan
suara-suara yang berada dalam kekalutan.. bukan kalut apa pun, baju nak pakai
tak iron lagi, tudung tak jumpak hat matching lagi..maybe barang yang lain dah
settle, maybe tak jugak.. almaklumlah, manusia ni ada banyak style, salah satu
style.. last minute punya style. Hahaha, fahamkan ? fefahamlah sendiri. Ada dua
grup yang terlibat dengan kekalutan tersebut, satu budak yang nak musafir
mencari sinar pencerahan dengan tujuan menguatkan akidah Islam at the same time
belajar menghormati pendapat orang lain, satu grup lagi dengan tujuan
mempromosi apa yang patutlah dengan niat semoga peluang pekerjaan bila habih
study nanti cerah.
Bila azan
maghrib berkumandang, budak2 kalut tadi, still tak habih lagi kalut terutama
grup pertama yang nak bergerak iaitu grup yang nak belajar erti ‘Tuhan depa
Tuhan depa, Tuhan kita Tuhan Kita’. Grup yang satu lagi tu, depa chill2 ja..
dan la balaih tidoq buang 2 jam, pastu baru depa bertolak. Selalu bila nak
bersiap ni, tambah nak siap beg..selalu ada mak pembantu setia yang tolong
tengok-tengokkan.. ni sejak dah hidop menjadi anak perantauan demi mencari
selembar ilmu pengetahuan bersama sahabat2 seperjuangan ni, yang menjadi pakar
untuk dirujuk ofkoslah sahabat yang berjuang skali tu tadi.. so, sesama lah
buat gelabah bewak, barang dari head to toe, sesamalah check cukup ka dak. Dah beso kan. Dah
settle semua benda, dah tak dak apa yang tertinggal, call grab, grab datang dengan
sepantas cahaya lampu..maka, grup first tadi dah selamat bergerak ke tempat
yang telah ditetapkan.
 |
berkumpul. check beg, check kehadiran, ambik makanan and gerrakk. |
Sampai kat
tempat yang dah ditetapkan tu, teammate2 yang lain pakat dok beratur check beg.
Takut overweight. Kang ada yang nangis tak berlagu..kot la bantal busuk kena
bagi abang guard simpankan or baju kena sedekah kat orang yang lalu.. bukan
boleh merayu meratap, peraturan tetap peraturan.. kita as manusia yang
berwawasan kena hadap jugak lah, supaya orang kliling tak condemn. Selesai
semua, kehadiran, makanan, beg bagai.. bergeraklah teammate2 ni ke bas and siap
sedia untuk ke destinasi yang akan menghubungkan budak2 yang nak mencari erti ‘Tuhan
depa Tuhan depa, Tuhan kita Tuhan kita’ ni dengan tempat2 ibadat yang mempunyai
jawapan untuk persoalan yang tergantung tak bertali itu.
Jumaat-
27/4/2018
 |
port kami. sapa claim, kena hentam. hee. |
Bila dah sampai
kat destinasi yang perjalanan dalam masa lebih kurang 4 jam lebih tu, geng2
tadi buat la port sendiri sementara nak tunggu giliran masuk ke balai menunggu
and nak letak bagasi bagai tu. Ada yang selfie, maybe first time sampai, ada
yang cari tempat nak cas fon,cas powerbank, cas tenaga diri, cas otak, situ ada
tempat khas utk cas, ada yang cari tempat untuk kosongkan storage diri. Takut nanti
atas awan, pengsan menahan sebab segan. Mana tau kan. So, semua pakat buat
persediaan. Sapa yang bawak air yang melebihi had tu, sibuklah mencari kawan
utk menumpangkan air tu ke dalam storage diri depa or cara senang jadikan ia
as sampah. Jahat terpaksa.
 |
time ni berenti rnr jap, settelkan apa yang tak settel. |
 |
penyelamat antarabangsa. consider antarabangsalah kan, kita nak pi overseas nii.. |
 |
see that. JAKARTA. sis is excited!! |
 |
luggage tag la kot tah apa nama. passport. ticket.bag |
Bila dah sampai
waktu yg spttnya, kami bergerak ke stage yg seterusnya. Kat sini, ajk2 kami yang
hebat2 ni la yang handle budak2 noob mcm aku ni, nak letak beg kat mana and
smua2 tu lah..sebelum tu kena ambik flight/luggage tag apatah yang letak kat beg
tu..haa depa la tolong handlekan..and sebelum fly pon kami dah dpt dah insurans
masing2..tu pun depa yang tolong handlekan. Hebat ar depa ni. Kalau biaq aku
yang handle..hmm, pakat dayung sampan la ke hulu..tak sampai2 la jawab dia. Kena
telan dengan jerung, tu pun kalau ada jerung..or maybe mati tersadai.
Disebabkan nak handle budak yang ramai, so..kat situ ada la kalot2 sikit. Slalu
depa tu, ajk2 tu laa, travel dlm kapasiti yang kecik ja.. harini maunya dalam
60 orang nak kna dihandle. Kalau semua jenih robot, mengangguk tanda setuju, geleng
tanda tak..bergerak bila perlu..senang la kerja, masalahnya ni manusia.. yang
banyak akainya haa, so, payah la sikit, tambah plak ada dua jantina yang
terlibat.. hmph~ tabah la ajk2 oii. Dah settle apa semua, sapa yang nak wrap
beg dah wrap and dah hantar kat bahagian bagasi..semua bergerak ke balai
menunggu..ikut nmber kat tag tu la, dia bagi kita gate brapa..slalunya
perjalanan nak ke gate tu jauh nakk.. jangan ler kome berlengah-lengah.. sis
is nyesal tak sudah.. sebab sis ingat dekat, nasib baik tak kena tinggal.
 |
time ni, double check berat beg. takut yang handcarry tu overweight jugak,
kalau overweight boleh la bahagi antara teammate. |
Bila depa dah
bukak, kami pun berpusu-pusu la masuk flight tu berpandukan nmber seat yang
diberi. Aku pun apa lagi, macam rusa masuk kampung la jawab dia.. excited macam
paa lagi. Almaklumlah pestime ooiii~ snap!snap!snap! merata alam. Hahahahaha,
lantok la, bila lagi.kan.. beberapa minit dah duduk tu, kapal mula dah
bergerak.. andddd slow2 dia ambik lajak..anddd, flyyyyy high to the sky~
weheeee.. yang aku dok ’woooowoooooo’ slow2 dalam flight. Excited la wehhh. Pastu
dah stabil naik atas awan, dia start dah menjuai bagai..bau la segala nasi
lemak, kopi, milo.. fuhh~ yang aku ni smata bawak rupiah. Eh. Haaaa, aku ke
negara jiran. Jakarta, Indonesia. Lupa bagitau. Ya pakk ya pakk,
ketoprak.giteww~ haa, berbalik pada mknn tadi.. aku ambik bau buat kali
terakhir and aku ghaib. Lena. Heee. Kalau aku bangun ni, maunya aku gaduh
dengan pramugari/gara tu demi sesuap nasi lemak. Kah!
 |
ni la borang yg kata penting tu. isi la na. |
Bila aku bukak
mata, benda yang grab my attention..dia pnya annoucement sebut, sila pakai
sabuk pengaman..sabuk pengaman.. hat tu lah perkataan Indonesia first yang
menyapa aku. Semua pakat ghaib sama dengan aku tadi, ha laaa.. tak tidoq dari
semalam.. eh, macam tak caya kan.. ada laa tidoq sat atas bas yang drift macam
dalam litar tu. sorang2 bangun dari lena yang nyenyak tak nyenyak tu andd Kami kena isi satu borang tu, borang tu penting katanya.. utk
keselamatan kita la time kat negara depa..kot apa2 jadi, depa ada la maklumat
pasai kita. So, anak2 isi la tau. Pemandangan jakarta dari atas , beza gila
dengan Malaysia .. maka, itu menjadi satu lagi bukti yang jelas bahawa aku dah
sampai negara orang dah. Alhamdulillah, syukur ‘ala kulli hal ya Allah. Benda
ni, maksud aku program ni dah disebut2 oleh insan2 dari dalam U sampailah
merata alamlah jugak, dari thn lepas.. time mula2 nak buat tu pun, still teragak-agak.. sebab
nak cari dana yang banyak wehh..mampu ka tak mampu ka, cukup ka tak.. apa yang
mampu kami buat... usaha, usahaa, usahaaa selagi boleh. Ustazah kata, kita kena
niat yang baik2, buat dengan ikhlas.. insyaAllah Allah akan makbulkan doa and
impian kita. Berkat! Disebabkan benda yang mula2 mustahil yang dah jadi tak
mustahil nilah aku sayang gila kat teammate aku. Disebabkan semua, semua dapat
merasa pengalaman ni, semua dapat memori baru yang berharga, pengalaman yang
mengajar, musafir yang barakah. Terima
kasih kepada yang berkata-kata, yang menyebar tentang program ni, yang berdoa,
yang menyumbang dana, usaha, tenaga, idea.. yang berkongsi penat lelah.
Sesungguhnya, kata-kata itu satu doa.. maybe ada doa kalian yang didengari.
Semoga Allah sentiasa merahmati kalian. Aku tak pernah imagine nak naik flight
wehh, hahaha. K, dah naik, and turun dah. Heee. *shedtears
alhamdulillah, syukur 'ala kulli hal.
NEXT CHAPTER... (sabajap, sis tengah karang), to be continue~
No comments:
Post a Comment