Wednesday, 20 June 2018

Hidup ber'Sila' #harmonyvisitIII



written by: Farah Nabilah
p/s: report ni base on pengalaman sendiri, gambar..tak cilok dari mana2 web, tulisan tak formal just santai2. jangan kecam, k.



Alhamdulillah. sampai dah aku ke negara orang.


Jumaat- 27/4/2018

satu lagi benda yang buat aku jakun.
automatik fon aku ada dua jam, and
automatik celcom jadi telkomsel,
maxis jadi indosatooredoo. style.
Dalam dok ala-ala Jet Lag tu, bebudak noob ni terdiam for awhile. Why ? tengah dok perati view negara jiran dari atas awan yang terbentang biru tak biru ni, sebab matahari dok naik. First sight. First view kat negara orang. Ya Allah! Realiti! Dari atas nampak kat bawah2 tu, mungkin rumah atau kedai atau pejabat.. tak pasti, yang pasti, sangat dekat, rapat, mampat..hahahaha, yang selama ni aku dok usha kat kaca tv tu bakal dilihat dengan jasad serta roh aku sendiri. Tak saboo!! perjalanan ambik masa dalam dua jam lebih la, lebih kurang. Alhamdulillah slamat mendarat, dan demi nak p perbetoi tulang  dan urat yang tersepit time dalam flight tadi, aku rushing keluaq ..takkan nak tunggu lagi, konfem strok. Hahahaha, almaklumlah..kita bukan saiz ss dik. Mohon faham. Dalam perjalanan nak ke tempat menunggu tu, dah nampak dah style2 pakaian, style2 percakapan yang menunjukkan hang dah tak dapat la nk hadap nasi lemak anak dara or teh o aih pyoorr dah dlm lima hari ni. Harap bertabah. Kami tunggu grup lagi satu, depa bertolak lambat skit. Tulah, kalau syarikat tu.. owner dia Abdul Manaf. Memang aku dah sumbat smua teammate aku masuk satu flight. The fact is, Kita hanya merancang, Allah sebaik baik Perancang. Jadi hamba yang bersyukur please. heee.



Tera menunggu ketibaan teammate yang lain tu, rezeki kami datang disorong..haaa, special oooii, rezeki datang disorong..
rezeki yang disrong. ngee~
kami ada supplier makanan kot kat sini, haaa. Murah rezeki betoi laa kawan2 aku ni, usaha kumpul dana and cari catering. Niat baik, Allah tolong, giteww~  Sorang teammate a.k.a housemate aku jugak, dia ada sedara kat sini, dia panggil Pak De, kami pun panggil la Pak De..so, Pak De and da geng lah yang support makanan kami kat sini. Makanan dia , takat ni puaih hati. Nasi mampat doe, tak kede wehh. Nasi dia macam pulut tak pulut, nasi tak nasi .. nak cakap yang betapa mampatnya nasi tu.. hang boleh pegang dgn tgn smua tu, and gigit macam makan onigiri jepun tu..haa gitew.. Setiap menu dia konfem ada kopok..
oishiii-!! nasi tu la yang aku describe tu.
maybe mmg style depa la. Masakan dia still boleh diterima tekak Melayu ni, alhamdulillah tak dak yang warded sebab culture shock. Kita kan berjiran, so.. menu ala-ala nak sama giteww~ hahaha. Dalam pkl 12pm  mcm tu depa sampai dah. So, siap apa yang patut, pakat2 isi perut buat bekalan tenaga nak menapak negara orang nanti nihh and gerrak ke first rumah ibadat yang dah siap kawtim dgn ajk2 hebat kami.




sampaii dah depa.
sesi taaruf jap dgn student U sini. pastu briefing skit tntg tentatif. pastu gerak.

Kami tak pakar, so..program ni kami kerjasama dgn student2 U sini. depa lebih mengetahui dari segala segi, perjalanan, adat or percakapan. Kita serrah pada yang pakar ya mbakk, lebih mudah giteww. Perjalanan kami ke rumah ibadat pertama ni disambut dengan hujan rahmat. ’Allahuma Soyyiban Nafi’a’ ~ Sejukkk ja, dah la sejuk, tambah pulak Jet lag yang tergantung tadi tambah pulak dgn mimpi yang tak habih atas flight tadi..memang ‘Bismikallah Humma Ahya Wa Amut’  la jawab dia..lena semua, maybe tak semuala..tapi major. 



jalan yang agak lecah skit sebab hujan
and bas ni redah jalan kampung. pro.

Pintu gerbang. hampa tgok..
bas tu kalau boleh masuk,
dia nak parking sampai depan
 pintu vihara. salute!
Rumah ibadat first yang aku and teammate p, Vihara Buddha Dharma & 8 Posat, Tanjong Bogor, Jakarta. Hujan still renyai2, nampak macam nak reda dah, tapi mendung dia still stay di situ. Jalan nak masuk ke vihara tu agak kecil, kalau kat Malaysia ni, bas parking luaq dah . hang pi la jalan kaki masuk.. tapi, sini, selagi bumbung rumah tak tercabut digesel bas, depa hentam lalu. Hat ni lagi satu benda aku jakun bila tengok. Yakin depa tu boleh bawak bincang, fuhh~ dalam 3 jam lebih kami ambik masa dari airport tadi nak sampai ke vihara ni. Sesampai ja kami kat situ, kami disambut baik oleh pekerja2 dan ahli2 vihara tersebut. Dah settle round vihara apa semua, masing2 ambik tempat duduk utk sesi beramah mesra and Q&A.


otw ke vihara..kena jalan skit..skit ja la.
Main gate vihara.



Vihara ni jugak digelar Buddha Tidur. besaq weeh Buddha Tidur depa.
First, wakil vihara perkenalkan diri and diteruskan dengan sejarah penubuhan vihara serta serba sedikit tentang sejarah and asal-usul Buddha. Asal usul agama Buddha ni , kita dapat lihat dalam pelbagai blog, dan apa yang diceritakan oleh wakil vihara pun sebijik dengan apa yang aku belajar and baca. Cuma yang aku nak highlight kat sini, certain2 soalan yang tak dapat dikenal pasti jawapannya. So, teammate2 aku ni, dah siap sedia nak memutuskan tali untuk soalan yang tergantung selama ni tuu. K, antara soalan2 yang ditanya oleh pihak kami :


 1.  Tentang Sila Samadi (kalau tak salah aku la ejaan dia tu)
-Sila atau peraturan. So, mereka , umat Buddha hidup ber’SILA’ atau hidup berperaturan. Berdasarkan wakil vihara tersebut, bagi umat yang seperti dia atau digelar puma awam, mereka menyalakan 5 sila. Pertama, tidak boleh membunuh makhluk hidup. Kedua, tidak boleh ambil barang yang tidak diberikan atau mencuri. Ketiga, dilarang  (tak pasti dia cakap apa time ni..atas faktor hujan lebat, suara dia tenggelam..maaf). Keempat, dilarang mengucapkan kata2 yang tidak benar atau berbohong. Kelima, tidak boleh ambik makanan atau minuman yang boleh menyebabkan kesedaran diri menjadi lemah atau kecanduan kata orang indonesia. Ini kerana, nanti kalau tak sedar, sila 1 sampai sila 4 tadi akan dilanggar.
- Sila Samadi seperti meditasi atau mengikis kekotoran batin sampai akhirnya timbul panya ( tak pasti ejaannya) atau kebijaksanaan. Mereka harus perbaiki sila, buat samadi sehingga timbul panya atau kebijaksanaan yang akan muncul sendiri.

2. Tempoh berkabung bagi agama Buddha.
- Time kami buat assignment haritu, informasi tentang tempoh berkabung ni tak jumpak and samar2, so.. peluang bertanya diberi melalui #harmonyvisitIII . K, berdasarkan wakil vihara tersebut,  tempoh berkabung depa ikut tradisi, ikut nak brapa hari. Macam depa kat situ still ada yang berketurunan Tiong Hua.. so ada yang 3 hari ada yang 2 hari.

 3.Cara simpan mayat dalam agama Buddha.
- Menurut wakil vihara tersebut, hal itu bergantung pada diri seseorang penganut itu, kalau ketika hayat dia, dia dah pesan suruh bakar, maka para waris dia perlu turuti permintaan tersebut.
- Kalau mereka memilih untuk bakar, maka..abu2 mayat tersebut akan dibuang ke laut dan diteruskan dengan upacara lainnya seperti berdoa dan sebagainya.
- Bagi yang memilih untuk disimpan mayat tersebut, mereka akan mengadakan upacara untuk pemakaman.

time ni, wakil vihara ni tunjuk contoh cara
mereka sembahyang
Banyak lagi soalan yang diajukan, tentang perayaan, tentang simbolik barang2 yang depa guna ..tapi, tu lah.. aku pilih yang tertentu ja, sebab yang lain tu boleh didapati di blog2 lain. Heee. Maaf.

K, sambung lagi.. bagi mereka yang beragama Buddha, Vegetarian adalah satu pola hidup sihat. Seperti wakil vihara yang memberi penerangan itu, dia adalah aliran Theravada.. umat Buddha yang beraliran Theravada still makan daging, tapi.. ada syarat dia. First, takleh buat pembunuhan/ sembelihan secara langsung. Mereka perlu melibatkan orang lain bagi menyembelih haiwan tersebut. Kedua, mereka tidak boleh melihat atau mendengar bunyi haiwan atau lembu yang akan mereka makan nanti.. tapi kalau daging tersebut dah terhidang.. takpa, boleh dimakan. Bagi aliran Mahayana pulak, mereka tak makan daging. Kenapa? Sebab, dengan tak makan daging dapat mengurangi proses pembunuhan terhadap haiwan. Manfaat mereka as vegetarian adalah dapat mengawal emosi, kerana kalau makan daging banyak, akan menyebabkan berlakunya tekanan darah dan mampu mendorong kepada sifat marah.

Wakil vihara tu kata lagi, sebelum ni..Buddha besa ja jadi perempuan (maybe melalui kelahiran semula kot) . Bila dah jadi Buddha ni, dia terus menjadi lelaki.


lilin yang dinyalakan, simbolik dengan hidup yang
akan menjadi terang.
lukisan bermakna. setiap kelibat yang bermaksud.



Keperluan makanan.

Bila sampai kat vihara tu, benda first aku perati ialah.. patung2 kecil yang berada dalam rak2 kliling vihara tu. Dalam hati dok tertanya. “ semua ni Buddha depa ka?” So, persoalan aku terjawab. Bukan Sang Buddha...tapi, tu adalah penganut2 agama Buddha yang memberikan dana atau sumbangan kepada vihara tu.. patung2 kecil tu jadi simbolik sahaja. Adala tulis nama pemberi kat patung2 tuu. Dana yang diberi tu, pihak vihara guna untuk kepentingan vihara dan mereka juga ada pati asuhan..Dana tersebut juga diberi kepada pati asuhan jugak.






Kami ambik masa dalam sejam la lebih kurang, sebab bertolak dari rumah ibadat Pura Amrta Jati dalam pkl 1, sampai 2.15 kat Vihara. Dalam terik tengahari-petang tu, kami usaha menahan diri sebab lapo satu, paneh satu, terkejor-kejor sebab nak settlekan tepat waktu, satu.. masa memang suka cemburu. Bas park tepi jalan, dah la tadi lalu kot lorong2 taman rumah yang sempit la jugak..sebab ada dua hala.. kalau sehala, idok ler sendat sangat. Kami jalan masuk ke Vihara.. Luas kawasan dia. Ada dua vihara, sebelah-menyebelah. Aku nampak kuning and merah paling menyerlah. Settle round vihara yang beso nih, kami p vihara sebelah.. jadinya, sebab nak ligan masa.. masuk situ.. terus buat Q&A. Bagi vihara Buddha.. kami p dua tempat. Satu, yang tadi ..Vihara Buddha Dharma & 8 Posat, Tanjong Bogor, lagi satu kami p Vihara Kwan In Thang dan Vihara Avalokiteswara Pd. Cabe. Yang ni kami dapat jumpa dgn sami perempuan. Sambutan yang diberikan amat baik. Sami ni terang tentang
patung2 yang ada kat situ.. sebab patung2 tu besaq ..so, nampak dah la nak tanya apa. Jadi, menurut sami tu, patung2 yang ada ni bukan maksud depa as umat Buddha sembah berhala. Tak. Its just for inspiration only. Alaaa, dia maksudkan macam, dulu Buddha suka buat kebajikan..bila ada patung tu, depa akan teringat la nak buat kebajikan selalu macam Buddha. Ada patung untuk perubatan, ada patung untuk kebajikan. Ada jugak patung untuk menolong umat yang memerlukan, patung tersebut mempunyai tangan yang banyak..yang mana ia menggambarkan, Sang Buddha akan menggunakan senjata2 tersebut untuk menolong umat yang memohon pertolongan daripadanya.


.. habih sesi bergambar, kami tunggu Pak De Legend sampai dengan truck yang membawa food, consider as foodtruck la kot noh. Hahahaha~ tq Pak De, sudi menjejak kami sampai ke sini..hantarkan makanan superbb sedap.. Kalau tak salah aku, masakan harini ni, ayam masak lemak. Dan gue lupa bagitau . Lauk kami ..semua ayam, selamat and universal gitew~ kami yang request nak semua ayam.. senang , yang mana elergik ka apa ka.. boleh hadap kalau lauk tu. Dengan budi baik pihak vihara, kami diberi kebenaran makan kat situ.. semua behave, makan leklok..tumpahkan nasik, aku potong jari. muahahahahahahaha!*over. Pak De akan sediakan plastik sampah untuk kami kumpulkan balik bekas2 makanan yang dah dilicinkan isinya tu. Bagos kan Pak De Legend kami. Ngeee. Tq, sebab memudahkan kami..semoga Allah membalas jasa baik Pak De *aku tulih macam dia baca ja.. ahhhh~ lantak, nak bagi credit jugak, sebab terhutang budi.

Settle satu agama. Saling memahami antara satu sama lain. Tak dak yang dipaksa, terpaksa untuk meng’iya’kan agama masing2. Just masing2 tunjuk contoh yang baik2.. sesuai dengan moto yang kami bawak “ we are here with peace”. #Kamistudentberfikiranwaras

di Vihara Buddha Tidur & 8 Posat


di Vihara Kwan Im Thang


di Vihara Avalokiteswara bersebelahan dgn Vihara Kwan Im Thang


groupmate


Lepas selesai tugas di Vihara Buddha Tidur, next destinasi ialah tempat penginapan kami la, mana lagi..letih giloss~ dalam perjalanan tu kami singgah solat kat masjid yg berdekatan.. and aku sempat la snap waktu solat sini. walaupun beza tak banyak jam, tapi still terasa perbezaan dia tu.. subuh depa pkl 4 lebih.. diri ni dah terbesa solat subuh pkl 6..mmg sampai ke sini aku bangun solat pkl 6 lebih la jawab dia, tak adapt lagi dgn suasanalah katakan.. 

Graha Wisata Ragunan. Terima kasih sebab wujud.. hahahaha, sinilah tempat kami berehat setelah keluar mencari dan berkongsi ilmu dengan insan berlainan pegangan. Terima kasih sebab wujud.. disebabkan hang aku and teammate bina ukhuwah yang baru, dan ukhuwah lama jadi lebih kukuh. gue sayang lo lah. Musafir la wei, tak rugi. Sentiasa bersederhana dalam kehidupan.. and jadi manusia yang bersyukur dgn rezeki hidup. bukan sok baik, tapi aku pun tak sempurna. selalu nak kena diperingat..



Lepas check in, aku and 5 orang geng ni sambil punggah beg, kami sempat la membawang (istilah ni start tahun 2018, yang diberikan kpd geng2 yang sibuk ‘membincangkan’ tentang hal orang lain.. dak bukan apa, aku takut blog aku ni dibaca time tahun 2030 ka 2020 ka, maybe depa dah tak guna istilah ni dah, so aku explain)  jap ..hahaha.. benda normal. Bila perempuan dicampak sekali dalam satu tempat. Semua rencah ada. K, kami dapat katil double decker yang meninggi nuunn ke puncak indonesia gitew. Bilik aircond. Alhamdulillah, gue sehh selesa aja dari digelandangankan. Sentiasa bersyukur ya anak2. Sorang2 take turn iron apa yang patut, kemas, mandi, siap diri utk lena. Esok nak hadap macet yang baru, benda yang baru, makanan baru and masalah yang baru. Heh heh. Hat iron tu tak leh blah la, geng laki ni.. haihh, depa ingat bini depa kot yang ikut skali ni.. tapi takpa, kami bebudak perempuan still boleh tolerate.. sebab hampa kan penyelamat kami. Ecehhwahh~ so.. lepas settlekan smua benda.. dalam keheningan pagi di negara orang tu.. aku ni dok buat tak sedaq yang subuh depa pukul 4!!!! Yang p lena lambat paseipatah. Choi.. melayan perasaanlah apalah. Tapi, tu lahh. Letih menyapa~ Sejukkk menjalar ~ .... aannndd aku terlelap. Yang aku tak puas hati tu, aku dah susun dah elok2.. nak tarik selimut, nak pakai earphone.. tengok2 aku booooleh terlelap. Bila tak buat apa yg aku susun tadi tu.. aku rasa ada benda tak settle.. nasib baik lena elok.. hee.. jadi, berbalik kepada yg asal.. Allah sebaik-baik Perancang. K, sis..redha.


Next chapter.. to be continue ( sabo na, otak sis is penat beraya , harap tak kelaut ). wallahu'alam. ^^

No comments:

Post a Comment