written by: Farah Nabilah
p/s: report ni base on pengalaman sendiri, gambar..tak cilok dari mana2 web, tulisan tak formal just santai2. jangan kecam, k.
 |
Alhamdulillah. sampai dah aku ke negara orang. |
Jumaat- 27/4/2018
 |
satu lagi benda yang buat aku jakun.
automatik fon aku ada dua jam, and
automatik celcom jadi telkomsel,
maxis jadi indosatooredoo. style. |
Dalam dok ala-ala Jet Lag tu, bebudak noob ni terdiam
for awhile. Why ? tengah dok perati view negara jiran dari atas awan yang
terbentang biru tak biru ni, sebab matahari dok naik. First sight. First view
kat negara orang. Ya Allah! Realiti! Dari atas nampak kat bawah2 tu, mungkin
rumah atau kedai atau pejabat.. tak pasti, yang pasti, sangat dekat, rapat,
mampat..hahahaha, yang selama ni aku dok usha kat kaca tv tu bakal dilihat
dengan jasad serta roh aku sendiri. Tak saboo!! perjalanan ambik masa dalam dua
jam lebih la, lebih kurang. Alhamdulillah slamat mendarat, dan demi nak p
perbetoi tulang dan urat yang tersepit
time dalam flight tadi, aku rushing keluaq ..takkan nak tunggu lagi, konfem
strok. Hahahaha, almaklumlah..kita bukan saiz ss dik. Mohon faham. Dalam
perjalanan nak ke tempat menunggu tu, dah nampak dah style2 pakaian, style2
percakapan yang menunjukkan hang dah tak dapat la nk hadap nasi lemak anak dara
or teh o aih pyoorr dah dlm lima hari ni. Harap bertabah. Kami tunggu grup lagi
satu, depa bertolak lambat skit. Tulah, kalau syarikat tu.. owner dia Abdul
Manaf. Memang aku dah sumbat smua teammate aku masuk satu flight. The fact is, Kita
hanya merancang, Allah sebaik baik Perancang. Jadi hamba yang bersyukur please.
heee.
Tera menunggu ketibaan teammate yang lain tu,
rezeki kami datang disorong..haaa, special oooii, rezeki datang disorong..
 |
rezeki yang disrong. ngee~ |
kami
ada supplier makanan kot kat sini, haaa. Murah rezeki betoi laa kawan2 aku ni,
usaha kumpul dana and cari catering. Niat baik, Allah tolong, giteww~ Sorang teammate a.k.a housemate aku jugak, dia
ada sedara kat sini, dia panggil Pak De, kami pun panggil la Pak De..so, Pak De
and da geng lah yang support makanan kami kat sini. Makanan dia , takat ni
puaih hati. Nasi mampat doe, tak kede wehh. Nasi dia macam pulut tak pulut,
nasi tak nasi .. nak cakap yang betapa mampatnya nasi tu.. hang boleh pegang
dgn tgn smua tu, and gigit macam makan onigiri jepun tu..haa gitew.. Setiap
menu dia konfem ada kopok..
 |
oishiii-!! nasi tu la yang aku describe tu. |
maybe mmg style depa la. Masakan dia still boleh
diterima tekak Melayu ni, alhamdulillah tak dak yang warded sebab culture shock.
Kita kan berjiran, so.. menu ala-ala nak sama giteww~ hahaha. Dalam pkl 12pm mcm tu depa sampai dah. So, siap apa yang
patut, pakat2 isi perut buat bekalan tenaga nak menapak negara orang nanti nihh
and gerrak ke first rumah ibadat yang dah siap kawtim dgn ajk2 hebat kami.
 |
sampaii dah depa. |
 |
sesi taaruf jap dgn student U sini. pastu briefing skit tntg tentatif. pastu gerak. |
Kami tak pakar, so..program ni kami kerjasama
dgn student2 U sini. depa lebih mengetahui dari segala segi, perjalanan, adat
or percakapan. Kita serrah pada yang pakar ya mbakk, lebih mudah giteww. Perjalanan kami ke rumah ibadat pertama ni disambut dengan hujan rahmat.
’Allahuma Soyyiban Nafi’a’ ~ Sejukkk ja, dah la sejuk, tambah pulak Jet lag
yang tergantung tadi tambah pulak dgn mimpi yang tak habih atas flight
tadi..memang ‘Bismikallah Humma Ahya Wa Amut’ la jawab dia..lena semua, maybe tak
semuala..tapi major.
 |
jalan yang agak lecah skit sebab hujan
and bas ni redah jalan kampung. pro. |
 |
Pintu gerbang. hampa tgok..
bas tu kalau boleh masuk,
dia nak parking sampai depan
pintu vihara. salute! |
Rumah ibadat first yang aku and teammate p,
Vihara Buddha Dharma & 8 Posat, Tanjong Bogor, Jakarta. Hujan still
renyai2, nampak macam nak reda dah, tapi mendung dia still stay di situ. Jalan
nak masuk ke vihara tu agak kecil, kalau kat Malaysia ni, bas parking luaq dah
. hang pi la jalan kaki masuk.. tapi, sini, selagi bumbung rumah tak tercabut
digesel bas, depa hentam lalu. Hat ni lagi satu benda aku jakun bila tengok.
Yakin depa tu boleh bawak bincang, fuhh~ dalam 3 jam lebih kami ambik masa dari
airport tadi nak sampai ke vihara ni. Sesampai ja kami kat situ, kami disambut
baik oleh pekerja2 dan ahli2 vihara tersebut. Dah settle round vihara apa
semua, masing2 ambik tempat duduk utk sesi beramah mesra and Q&A.
 |
otw ke vihara..kena jalan skit..skit ja la. |
 |
Main gate vihara. |
 |
Vihara ni jugak digelar Buddha Tidur. besaq weeh Buddha Tidur depa. |
First, wakil vihara perkenalkan diri and
diteruskan dengan sejarah penubuhan vihara serta serba sedikit tentang sejarah
and asal-usul Buddha. Asal usul agama Buddha ni , kita dapat lihat dalam
pelbagai blog, dan apa yang diceritakan oleh wakil vihara pun sebijik dengan
apa yang aku belajar and baca. Cuma yang aku nak highlight kat sini, certain2
soalan yang tak dapat dikenal pasti jawapannya. So, teammate2 aku ni, dah siap
sedia nak memutuskan tali untuk soalan yang tergantung selama ni tuu. K, antara
soalan2 yang ditanya oleh pihak kami :
1. Tentang Sila Samadi (kalau tak salah aku la ejaan dia tu)
-Sila atau peraturan. So, mereka , umat Buddha
hidup ber’SILA’ atau hidup berperaturan. Berdasarkan wakil vihara
tersebut, bagi umat yang seperti dia atau digelar puma awam, mereka
menyalakan 5 sila. Pertama, tidak boleh membunuh makhluk hidup. Kedua,
tidak boleh ambil barang yang tidak diberikan atau mencuri. Ketiga,
dilarang (tak pasti dia cakap apa time
ni..atas faktor hujan lebat, suara dia tenggelam..maaf). Keempat, dilarang
mengucapkan kata2 yang tidak benar atau berbohong. Kelima, tidak boleh ambik
makanan atau minuman yang boleh menyebabkan kesedaran diri menjadi lemah atau
kecanduan kata orang indonesia. Ini kerana, nanti kalau tak sedar, sila
1 sampai sila 4 tadi akan dilanggar.
- Sila Samadi seperti meditasi atau
mengikis kekotoran batin sampai akhirnya timbul panya ( tak pasti
ejaannya) atau kebijaksanaan. Mereka harus perbaiki sila, buat samadi sehingga
timbul panya atau kebijaksanaan yang akan muncul sendiri.
2. Tempoh berkabung bagi agama Buddha.
- Time kami buat assignment haritu, informasi
tentang tempoh berkabung ni tak jumpak and samar2, so.. peluang bertanya diberi
melalui #harmonyvisitIII . K, berdasarkan wakil vihara tersebut, tempoh berkabung depa ikut tradisi, ikut nak
brapa hari. Macam depa kat situ still ada yang berketurunan Tiong Hua.. so ada
yang 3 hari ada yang 2 hari.
3.Cara simpan mayat dalam agama Buddha.
- Menurut wakil vihara tersebut, hal itu
bergantung pada diri seseorang penganut itu, kalau ketika hayat dia, dia dah
pesan suruh bakar, maka para waris dia perlu turuti permintaan tersebut.
- Kalau mereka memilih untuk bakar, maka..abu2
mayat tersebut akan dibuang ke laut dan diteruskan dengan upacara lainnya
seperti berdoa dan sebagainya.
- Bagi yang memilih untuk disimpan mayat
tersebut, mereka akan mengadakan upacara untuk pemakaman.
 |
time ni, wakil vihara ni tunjuk contoh cara
mereka sembahyang |
Banyak lagi soalan yang diajukan,
tentang perayaan, tentang simbolik barang2 yang depa guna ..tapi, tu lah.. aku
pilih yang tertentu ja, sebab yang lain tu boleh didapati di blog2 lain. Heee.
Maaf.
K, sambung lagi.. bagi mereka yang beragama
Buddha, Vegetarian adalah satu pola hidup sihat. Seperti wakil vihara yang
memberi penerangan itu, dia adalah aliran Theravada.. umat Buddha yang
beraliran Theravada still makan daging, tapi.. ada syarat dia. First, takleh
buat pembunuhan/ sembelihan secara langsung. Mereka perlu melibatkan orang lain
bagi menyembelih haiwan tersebut. Kedua, mereka tidak boleh melihat atau
mendengar bunyi haiwan atau lembu yang akan mereka makan nanti.. tapi kalau
daging tersebut dah terhidang.. takpa, boleh dimakan. Bagi aliran Mahayana
pulak, mereka tak makan daging. Kenapa? Sebab, dengan tak makan daging dapat
mengurangi proses pembunuhan terhadap haiwan. Manfaat mereka as vegetarian
adalah dapat mengawal emosi, kerana kalau makan daging banyak, akan menyebabkan
berlakunya tekanan darah dan mampu mendorong kepada sifat marah.
Wakil vihara tu kata lagi, sebelum ni..Buddha
besa ja jadi perempuan (maybe melalui kelahiran semula kot) . Bila dah jadi
Buddha ni, dia terus menjadi lelaki.
 |
lilin yang dinyalakan, simbolik dengan hidup yang
akan menjadi terang. |
 |
lukisan bermakna. setiap kelibat yang bermaksud. |
 |
Keperluan makanan. |

Bila sampai kat vihara tu, benda first aku
perati ialah.. patung2 kecil yang berada dalam rak2 kliling vihara tu. Dalam
hati dok tertanya. “ semua ni Buddha depa ka?” So, persoalan aku terjawab.
Bukan Sang Buddha...tapi, tu adalah penganut2 agama Buddha yang memberikan dana
atau sumbangan kepada vihara tu.. patung2 kecil tu jadi simbolik sahaja. Adala
tulis nama pemberi kat patung2 tuu. Dana yang diberi tu, pihak vihara guna
untuk kepentingan vihara dan mereka juga ada pati asuhan..Dana tersebut juga
diberi kepada pati asuhan jugak.
Kami ambik masa dalam sejam la lebih kurang, sebab bertolak dari rumah ibadat Pura Amrta Jati dalam pkl 1, sampai 2.15 kat Vihara. Dalam terik tengahari-petang tu, kami usaha menahan diri sebab lapo satu, paneh satu, terkejor-kejor sebab nak settlekan tepat waktu, satu.. masa memang suka cemburu. Bas park tepi jalan, dah la tadi lalu kot lorong2 taman rumah yang sempit la jugak..sebab ada dua hala.. kalau sehala, idok ler sendat sangat. Kami jalan masuk ke Vihara.. Luas kawasan dia. Ada dua vihara, sebelah-menyebelah. Aku nampak kuning and merah paling menyerlah. Settle round vihara yang beso nih, kami p vihara sebelah.. jadinya, sebab nak ligan masa.. masuk situ.. terus buat Q&A. Bagi vihara Buddha.. kami p dua tempat.
Satu, yang tadi ..Vihara Buddha Dharma & 8 Posat, Tanjong Bogor, lagi satu
kami p Vihara Kwan In Thang dan Vihara Avalokiteswara Pd. Cabe. Yang ni kami dapat
jumpa dgn sami perempuan. Sambutan yang diberikan amat baik. Sami ni terang
tentang

patung2 yang ada kat situ.. sebab patung2 tu besaq ..so, nampak dah la
nak tanya apa. Jadi, menurut sami tu, patung2 yang ada ni bukan maksud depa as
umat Buddha sembah berhala. Tak. Its just for inspiration only. Alaaa, dia maksudkan macam, dulu Buddha suka buat kebajikan..bila ada patung tu, depa akan
teringat la nak buat kebajikan selalu macam Buddha. Ada patung untuk perubatan,
ada patung untuk kebajikan. Ada jugak patung untuk menolong umat yang
memerlukan, patung tersebut mempunyai tangan yang banyak..yang mana ia
menggambarkan, Sang Buddha akan menggunakan senjata2 tersebut untuk menolong
umat yang memohon pertolongan daripadanya.
.. habih sesi bergambar, kami tunggu Pak De Legend sampai dengan truck yang membawa food, consider as foodtruck la kot noh. Hahahaha~ tq Pak De, sudi menjejak kami sampai ke sini..hantarkan makanan superbb sedap.. Kalau tak salah aku, masakan harini ni, ayam masak lemak. Dan gue lupa bagitau . Lauk kami ..semua ayam, selamat and universal gitew~ kami yang request nak semua ayam.. senang , yang mana elergik ka apa ka.. boleh hadap kalau lauk tu. Dengan budi baik pihak vihara, kami diberi kebenaran makan kat situ.. semua behave, makan leklok..tumpahkan nasik, aku potong jari. muahahahahahahaha!*over. Pak De akan sediakan plastik sampah untuk kami kumpulkan balik bekas2 makanan yang dah dilicinkan isinya tu. Bagos kan Pak De Legend kami. Ngeee. Tq, sebab memudahkan kami..semoga Allah membalas jasa baik Pak De *aku tulih macam dia baca ja.. ahhhh~ lantak, nak bagi credit jugak, sebab terhutang budi.
Settle satu agama. Saling memahami antara satu
sama lain. Tak dak yang dipaksa, terpaksa untuk meng’iya’kan agama masing2.
Just masing2 tunjuk contoh yang baik2.. sesuai dengan moto yang kami bawak “ we
are here with peace”. #Kamistudentberfikiranwaras
 |
di Vihara Buddha Tidur & 8 Posat |
 |
di Vihara Kwan Im Thang |
 |
di Vihara Avalokiteswara bersebelahan dgn Vihara Kwan Im Thang |
 |
groupmate |
Lepas selesai tugas di Vihara Buddha Tidur, next destinasi ialah tempat penginapan kami la, mana lagi..letih giloss~ dalam perjalanan tu kami singgah solat kat masjid yg berdekatan.. and aku sempat la snap waktu solat sini. walaupun beza tak banyak jam, tapi still terasa perbezaan dia tu.. subuh depa pkl 4 lebih.. diri ni dah terbesa solat subuh pkl 6..mmg sampai ke sini aku bangun solat pkl 6 lebih la jawab dia, tak adapt lagi dgn suasanalah katakan..
Graha Wisata Ragunan. Terima kasih sebab wujud.. hahahaha, sinilah tempat kami berehat setelah keluar mencari dan berkongsi ilmu dengan insan berlainan pegangan. Terima kasih sebab wujud.. disebabkan hang aku and teammate bina ukhuwah yang baru, dan ukhuwah lama jadi lebih kukuh. gue sayang lo lah. Musafir la wei, tak rugi. Sentiasa bersederhana dalam kehidupan.. and jadi manusia yang bersyukur dgn rezeki hidup. bukan sok baik, tapi aku pun tak sempurna. selalu nak kena diperingat..
Lepas check in, aku and 5 orang geng ni sambil
punggah beg, kami sempat la membawang (istilah ni start tahun 2018, yang
diberikan kpd geng2 yang sibuk ‘membincangkan’ tentang hal orang lain.. dak
bukan apa, aku takut blog aku ni dibaca time tahun 2030 ka 2020 ka, maybe depa
dah tak guna istilah ni dah, so aku explain) jap ..hahaha.. benda normal. Bila perempuan
dicampak sekali dalam satu tempat. Semua rencah ada. K, kami dapat katil double
decker yang meninggi nuunn ke puncak indonesia gitew. Bilik aircond.
Alhamdulillah, gue sehh selesa aja dari digelandangankan. Sentiasa bersyukur ya
anak2. Sorang2 take turn iron apa yang patut, kemas, mandi, siap diri utk lena.
Esok nak hadap macet yang baru, benda yang baru, makanan baru and masalah yang
baru. Heh heh. Hat iron tu tak leh blah la, geng laki ni.. haihh, depa ingat
bini depa kot yang ikut skali ni.. tapi takpa, kami bebudak perempuan still
boleh tolerate.. sebab hampa kan penyelamat kami. Ecehhwahh~ so.. lepas settlekan
smua benda.. dalam keheningan pagi di negara orang tu.. aku ni dok buat tak
sedaq yang subuh depa pukul 4!!!! Yang p lena lambat paseipatah. Choi.. melayan
perasaanlah apalah. Tapi, tu lahh. Letih
menyapa~ Sejukkk menjalar ~ .... aannndd aku terlelap. Yang aku tak puas hati
tu, aku dah susun dah elok2.. nak tarik selimut, nak pakai earphone.. tengok2
aku booooleh terlelap. Bila tak buat apa yg aku susun tadi tu.. aku rasa ada
benda tak settle.. nasib baik lena elok.. hee.. jadi, berbalik kepada yg asal.. Allah
sebaik-baik Perancang. K, sis..redha.
Next chapter.. to be continue ( sabo na, otak sis is penat beraya , harap tak kelaut ). wallahu'alam. ^^