Alhamdulillah, kehidupan yang masih menjalar mencari hujung pangkal yang
hanya Allah yang tahu.
Diri masih mencari kedudukan yang sebenar, siapa aku, untuk apa hidup,
apa bakti yg aku dh buat..?? haih~ perasaan yang bercampur. Aku rasa pernah ja
orang lain berperasaan seperti aku even seketika. Perasaan sayu yang menyapa,
tak tentu masa, rasa bersalah tiba-tiba, rasa kosong, rasa sedih, last2 nangis
sorang-sorang, trying to be a matured person but.. its hurt you more. Haha.
Broken English.
Tapi, time tu.. diri akan rasa nak buat benda baik. Sori mak, for being
useless daughter, maaf abah..mungkin diri ni masih tak dapat adapt keadaan
keluarga ni. Asif brother, sebab diri ni tak cukup support hang. 진짜 미안, for not trying to be a better friend.
Bukan nak salahkan diri, tapi, saja nak cari titik perubahan. Harap menjadi.
Heeee.
Bila masa atau rasa ini menyapa jangan berlengah. Lakukan apa yang hati
itu mahu.. solat, segala perkara sunat yang hati itu perlu, lakukan. Perasaan
itu bukan senang nak menyinggah. Kadang dia nak menyapa tapi kita tepis dengan
perkara lagha, perkara duniawi yang kita banggakan. Ya, kita insan, kita
manusia. Manusia yang pangkalnya lupa. Jadi, gunakan peluang yang ada untuk
beribadah seikhlas mungkin, kerana peluang itu mungkin dapat membantu ketika
timbangan di hujung tanduk.
Manusia tak sempurna. Tidak akan pernah sempurna. tapi, pertolongan
insan yang sekapal dengan kita itu menjadikan kita sempurna. Appreciate it.
Hargai manusia sekeliling. Belajar daripada pengalaman. Jangan pernah juah
dengan keadaan semasa kerana masa hadapan masih belum kukuh. Jangan pernah lupa , diri itu ada Pencipta.
Bersyukur dengan apa yang dikurnia kerana kita hidup berlainan duga. Iman
dipelihara, diri tidak leka. Diri ini terkadang alpa dengan janji dunia. Berdoa
supaya Sang Pencipta mengurniakan sahabat sekapal yang sentiasa ada untuk
membantu mencari jalan yang benar.
Sahabat, kawan, insan.. yang pernah singgah dalam kehidupan ini..
bersyukur kerana Allah menghantar kalian ketika diri memerlukan teman. Tetapi,
mungkin Sang Pencipta menghantar kalian untuk aku mencabar iman. Seperti yang dikatakan, manusia tidak sempurna dan yang
membuatkan kita sempurna itu ialah insan sekeliling. Aku juga perlu memberi
peringatan kepada kalian, wahai si peneman hidup. Apabila perkara itu salah,
aku utarakan petunjuk agar si peneman hidup tidak lalai dan pandang remeh akan
kesalahan itu. Mungkin ada yang tidak tahu atau tidak pernah didedahkan dengan
perkara yang benar di sisi Islam . Its okay, sahabat. Kita saling memerlukan.
Pray for a better future, buddy. Jangan pernah putus asa untuk melakukan
perubahan kearah yang lebih baik. *wink*
Allah sentiasa ada untuk kita. Susah, doa. Gembira, doa. Suka, doa.
Kosong, doa. He will listen to our dua. Teruskan berdoa. Jangan putus harap,
okay. 미도요 .
Teruskan usaha untuk menjadi seorang yang
soleh wa musleh. Tolong ingatkan aku ketika aku leka. 고맙다 친구~
*Just cerita sendiri, tak berkaitan mana2 pihak , heee ^^
No comments:
Post a Comment