Wednesday, 28 September 2016

okasan



#sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya ^^
Cerita dongeng fantasi again..  ><


Yup, kita tahu satu fakta yang sangat indah iaitu :
Ibu yang melahirkan kita
Ibu yang membesarkan kita sampai besaq panjang macam sekarang ni, ada yang lebar sikit ^^
Ibu yang kita akan cari dalam semua keadaan, gembira, sedih, patah hati dll.

Well, benda dah jadi lumrah la kot nak cakap, kalau pandangan ibu dengan anak-anak tak sama, tak sehaluan. Si ibu kata A, si anak nak B.. then, ada la benda yang akan buat kita makan hati ulam jantung. Time tu ada la yang menangis, ada yang patah hati, terasa, merajuk, tarik muka.. or kalau yang advance sikit, okasan bagi sikit kata-kata untuk menaikkan semangat, yalah ‘sambil menyelam, minum air” la apa lagi.. time2 tu la nak bagi si anak ni insoooff sikit ^^..  kadang si anak tu, dia punya jawapan boleh bagi okasan terasa. Almaklumlah, yang sorang dah jadi a reliable mother, yang lagi sorang a reliable mother-to-be. Kadang tu boleh guna jugak pepatah ‘ ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasik’.. perangai tu boleh jugak nak kata datang dari ibu dia..

Bila dah jadi macamtu, dah ter’gaduh-gaduh manja’ ..  kadang, bila duduk sorang2 tuu, konfem akan muhasabah balik, mulalah berderai air mata..blablabla, tapi, yang sedihnya, nak tuturkan S.O.R.R.Y tu tersangat amatlah payah.. memerlukan daya yang sekuat apa pun tak taulah. Antara MALU or EGO yang menguasai.. hailahh, sedih dengan diri. Anak lain maybe dugaan yang lain.. why aku tak sekuat depa.. bahagia ja.. takkan nak salahkan masalah yang ada ni. Kadang ada benda yang menjadi tanda tanya yang amat besar dan mampu menimbulkan fitnah yang besar.. tapi, nak tanya pun fikir berkali-kali… sesuai ka seorang anak nak selesaikan masalah orang dewasa? patut ka nak try jadi motivator cilik ? perlu ka ?

Selalunya hati dengan pergerakan tak sehaluan.. hati dah usaha untuk menghalang, tapi pergerakan still buat.. lepastu bebai dengan diri.. ha ha ha, tulah bukan senang nak control badan sendiri nak bagi sehaluan dengan sistem hotak.. kadang kehendak mengatasi segala benda. maybe, diri yang tak belajaq banyak benda lagi.. teringin nak jadi seorang anak yang nampak matured, memang matured dalam manage family and so on.. waahh, banyak lagi benda nak kena buat ni.. mohon jangan berangan jejauh.. Please diri, listen to my Iman, and Iman, please be strong. Amarah stay quiet don’t make any move . Fight nafs-! 

Friday, 16 September 2016

내 고백 - my confession







Alhamdulillah, kehidupan yang masih menjalar mencari hujung pangkal yang hanya Allah yang tahu.

Diri masih mencari kedudukan yang sebenar, siapa aku, untuk apa hidup, apa bakti yg aku dh buat..?? haih~ perasaan yang bercampur. Aku rasa pernah ja orang lain berperasaan seperti aku even seketika. Perasaan sayu yang menyapa, tak tentu masa, rasa bersalah tiba-tiba, rasa kosong, rasa sedih, last2 nangis sorang-sorang, trying to be a matured person but.. its hurt you more. Haha. Broken English.

Tapi, time tu.. diri akan rasa nak buat benda baik. Sori mak, for being useless daughter, maaf abah..mungkin diri ni masih tak dapat adapt keadaan keluarga ni. Asif brother, sebab diri ni tak cukup support hang. 진짜 미안, for not trying to be a better friend. Bukan nak salahkan diri, tapi, saja nak cari titik perubahan. Harap menjadi. Heeee.




Bila masa atau rasa ini menyapa jangan berlengah. Lakukan apa yang hati itu mahu.. solat, segala perkara sunat yang hati itu perlu, lakukan. Perasaan itu bukan senang nak menyinggah. Kadang dia nak menyapa tapi kita tepis dengan perkara lagha, perkara duniawi yang kita banggakan. Ya, kita insan, kita manusia. Manusia yang pangkalnya lupa. Jadi, gunakan peluang yang ada untuk beribadah seikhlas mungkin, kerana peluang itu mungkin dapat membantu ketika timbangan di hujung tanduk.

Manusia tak sempurna. Tidak akan pernah sempurna. tapi, pertolongan insan yang sekapal dengan kita itu menjadikan kita sempurna. Appreciate it. Hargai manusia sekeliling. Belajar daripada pengalaman. Jangan pernah juah dengan keadaan semasa kerana masa hadapan masih belum kukuh.  Jangan pernah lupa , diri itu ada Pencipta. Bersyukur dengan apa yang dikurnia kerana kita hidup berlainan duga. Iman dipelihara, diri tidak leka. Diri ini terkadang alpa dengan janji dunia. Berdoa supaya Sang Pencipta mengurniakan sahabat sekapal yang sentiasa ada untuk membantu mencari jalan yang benar.




Sahabat, kawan, insan.. yang pernah singgah dalam kehidupan ini.. bersyukur kerana Allah menghantar kalian ketika diri memerlukan teman. Tetapi, mungkin Sang Pencipta menghantar kalian untuk aku mencabar iman. Seperti yang  dikatakan, manusia tidak sempurna dan yang membuatkan kita sempurna itu ialah insan sekeliling. Aku juga perlu memberi peringatan kepada kalian, wahai si peneman hidup. Apabila perkara itu salah, aku utarakan petunjuk agar si peneman hidup tidak lalai dan pandang remeh akan kesalahan itu. Mungkin ada yang tidak tahu atau tidak pernah didedahkan dengan perkara yang benar di sisi Islam . Its okay, sahabat. Kita saling memerlukan. Pray for a better future, buddy. Jangan pernah putus asa untuk melakukan perubahan kearah yang lebih baik. *wink*




Allah sentiasa ada untuk kita. Susah, doa. Gembira, doa. Suka, doa. Kosong, doa. He will listen to our dua. Teruskan berdoa. Jangan putus harap, okay. 미도요 .

Teruskan usaha untuk menjadi seorang yang soleh wa musleh. Tolong ingatkan aku ketika aku leka. 고맙다 친구~





*Just cerita sendiri, tak berkaitan mana2 pihak , heee ^^