Monday, 22 June 2015

コメントし ⏩ Komento shi



dongeng realiti --


Aku manusia, hampa pun manusia.. kita bukan malaikat or Nabi yang maksum tau. Bila nak tegur, ada cara..bukan main bantai sound ikut suka.. tak dak ilmu ? jangan juah.. pi cari~ 

Tak perlu untuk kita tegur dengan cara kasar yang akan membawa kepada keadaan yang tidak diingini..maybe certain keadaan perlukan teguran kasar tu, maybela..tapi, kebanyakan orang tak sanggup nak terima teguran lagutu, ye dok..?? ada jugak yang sesetengah tu tak nak langsung terima teguran orang..maybe bukan tak nak..just mindset dia ja kot..so, dia sendiri kena push diri sendiri untuk jadik open-minded person..#noted


Kadang tu, orang tegur untuk kebaikan diri aku jugak, tapi aku tepis teguran tu dengan keegoan tah pa2.. bila aku dah start belajar cara nak handle ego tu, Alhamdulillah..setiap teguran orang aku sambut dengan baik… 1st tu tetap akan ada rasa annoy even sikit.. slowly, rasa tu akan hilang..kalau tak nak hilang jugak..aku perlu bermonolog untuk menghasilkan pemikiran yang positif..

Kadang tu orang yang kena tegur tu, akan membuka arena perdebatan untuk menyatakan keegoan mereka kerana mereka rasa ‘hang sapa nak tegur2 aku nihh..??!!’..kita sama2 hamba Allah kan, hg tak perfect, aku tak perfect..so terima kenyataan, boleh..??..yang salah tetap salah..open-minded bro,sis..bila kita buat salah or jahat, konfem kebenaran tu menjadi pahit untuk diterima.. tenang2kan hati..buka minda, buka hati..try to admit your wrong doing..btw, its for your own happiness yaww~ #gudluckbuddy #noted



Kadang orang tegur tu pun..alahai, panas ja kita dengar teguran dia..why..?? mana taknya tegur pakai ‘sembur’,.. takpun perli yang boleh terasa sampai ke tulang hitam.. ishh- aku dah kata berhemah weii..orang nak berubah tu bukan secara drastik mehh.. jangan expect orang tu boleh faham apa yang hang nak dia buat.. rambut sama hitam, hati masing-masing.. fahamkan maksud tu..?? so, know them well, try find their method yaw..


Semua ni, apa yang saya rasa dan apa yang saya fikir..orang lain pun ada rasa dan pendapat jugak kann~..#harapsemuabaik #pilihyangbetul #jannahinshaallah


No comments:

Post a Comment