Monday, 22 June 2015

コメントし ⏩ Komento shi



dongeng realiti --


Aku manusia, hampa pun manusia.. kita bukan malaikat or Nabi yang maksum tau. Bila nak tegur, ada cara..bukan main bantai sound ikut suka.. tak dak ilmu ? jangan juah.. pi cari~ 

Tak perlu untuk kita tegur dengan cara kasar yang akan membawa kepada keadaan yang tidak diingini..maybe certain keadaan perlukan teguran kasar tu, maybela..tapi, kebanyakan orang tak sanggup nak terima teguran lagutu, ye dok..?? ada jugak yang sesetengah tu tak nak langsung terima teguran orang..maybe bukan tak nak..just mindset dia ja kot..so, dia sendiri kena push diri sendiri untuk jadik open-minded person..#noted


Kadang tu, orang tegur untuk kebaikan diri aku jugak, tapi aku tepis teguran tu dengan keegoan tah pa2.. bila aku dah start belajar cara nak handle ego tu, Alhamdulillah..setiap teguran orang aku sambut dengan baik… 1st tu tetap akan ada rasa annoy even sikit.. slowly, rasa tu akan hilang..kalau tak nak hilang jugak..aku perlu bermonolog untuk menghasilkan pemikiran yang positif..

Kadang tu orang yang kena tegur tu, akan membuka arena perdebatan untuk menyatakan keegoan mereka kerana mereka rasa ‘hang sapa nak tegur2 aku nihh..??!!’..kita sama2 hamba Allah kan, hg tak perfect, aku tak perfect..so terima kenyataan, boleh..??..yang salah tetap salah..open-minded bro,sis..bila kita buat salah or jahat, konfem kebenaran tu menjadi pahit untuk diterima.. tenang2kan hati..buka minda, buka hati..try to admit your wrong doing..btw, its for your own happiness yaww~ #gudluckbuddy #noted



Kadang orang tegur tu pun..alahai, panas ja kita dengar teguran dia..why..?? mana taknya tegur pakai ‘sembur’,.. takpun perli yang boleh terasa sampai ke tulang hitam.. ishh- aku dah kata berhemah weii..orang nak berubah tu bukan secara drastik mehh.. jangan expect orang tu boleh faham apa yang hang nak dia buat.. rambut sama hitam, hati masing-masing.. fahamkan maksud tu..?? so, know them well, try find their method yaw..


Semua ni, apa yang saya rasa dan apa yang saya fikir..orang lain pun ada rasa dan pendapat jugak kann~..#harapsemuabaik #pilihyangbetul #jannahinshaallah


Wednesday, 17 June 2015

matter



                  Jom kita layan dongeng fantasi ^^



hidup aku, cara aku..
orang takkan faham apa masalah aku,
kau cerita dari titik mula sampai titik akhir pun, belum tentu orang nak faham..
tapi, bila ada orang yang sanggup mndengar..kau patut appreciate dia..




kadang kita rasa tak mampu hadapi dugaan, aku mengaku aku tak kuat..
perkara biasa yang aku lakukan adalah lihat, dengar dan pendam.
nak luah aku takut orang terasa, orang patah hati..hati sendiri resah takpa..thats me..tak mintak, its natural sis

kadang tu aku tipu, cakap aku mampu,. rupanya..air mata aku lebih berani.. ha ha..kadang kemarahan menjadi alternatif untuk meluahkan, aku tahu benda tu tak digalakkan, mungkin aku masih tak mahir dalam pengawalan 'stereng' kemarahan tu..yang pasti..

wajib untuk aku mengadu pada Ilahi, sebab lepas tu aku tenang and redha..tapi alternatif tadi tetap akan jadi even aku tahu, aku ada sang Pencipta untuk aku mengadu..sebab feeling tu on da spot jadi..aku harap satu masa aku dapat didik perasaan sendiri like a pro~

buat masa sekarang, aku rasa mereka salah..mungkin tu 1st impression aku, mungkin aku perlu jadi seperti Sherlock Holmes..kumpul bahan bukti yang kukuh..hahaha nampaknya imaginasi mahu menstabilkan keadaan..tapi, semuanya masih atas dasar  'mungkin'..

tetapi, realitinya aku tak mampu nak berfikir di luar kotak, aku tak mampu mensuai-padankan apa yang aku belajar dengan realiti kehidupan..daann, situasi yang sama akan berlaku..di mana aku akan lihat, dengar dan teruss pendam~

orang kata aku sado, aku tak pernah ada masalah, see..?!
life kita tak sama,aku dah kata..mengalirnya air mata aku tatkala aku terpandang happy face orang len, happy life orang len..aku tak boleh salahkan sesapa dalam hal ni, tu kepunyaan orang yang berhak.

mungkin salah aku dan mereka berdua, why..?? sebab semua menggunakan prinsip.. pendam itu better..cegah melalui hati yang termampu setakat ini..

doa tanpa henti, mengumpul fakta yang pasti, merungkai masalah empunya hati..semuanya masih menjadi monolog diri, tak mampu terungkap dek kerana goyah dengan pengetahuan sendiri.Hiba..#semogadipermudahkan  #justmyopinion