Written by: Farah Nabilah yg bukan pelakon tuu
p/s: tulisan tak formal. santai sentai bantai sajiaa~
Sabtu- 28/7/2018
Gue bangun pkl 6 lebihh-!!! K, sis is tak
adapt lagi dengan perubahan waktu. Mohon bersabo, jangan kecam mendadak guys. Depa
tak tutup aircond sampai ke pagi chorr. Dalam kesejukan lantai dek aircond yang
dicontrol bilik kawalan tu.. Turun katil, jejak ja lantai, sssuuuppp mencucuk
tak pasti sampai ke mana . ( terpengaruh dengan iklan sensodyne) naseb lemak2
menyelamatkan. Ngeh heh heh. Hadap pi
lah shower even sejuk menusuk sampai ke tulang pon. Solat, semua settle siap
diri, yang mana ajk protokol.. depa p gerak setiap bilik, yalah..demi nak mengejar
waktu yang selalu cemburui team kami tu. Aku keluaq ja dari bilik tu, ‘jing
jing anjing’ menyambut pagi aku. Choi. Bukan anjing yg aku maksudkan.. ada
makhluk yang melagukan perkataan tu. Hahahaha, lantok situ.
![]() |
| Pak De and ajk makanan |
Teammate semua kena berkumpul kat pintu depan
hostel. Bila semua grup/ahli bilik dah cukup, ajk bertugas settlekan
tentang tentatif. In the same time, Pak De kesayangan datang berpagian di situ demi menyalurkan rezeki kpd kami, anak-anak yang kelaparan ni haa. Dalam
kesibukan kami menjalankan program, rupanya bebudak laki ni dah kamching dah
dengan Pak De.. depa ni, ada udang di sebalik mee hailam nii.. sokay, gue buat2
tak nampak. So, rumah ibadat seterusnya, rumah ibadat agama Hindu. Pagi ni,
kami dapat bas baru.. wuuuuuu~ atas beberapa faktor, kami terpaksa tukar bas.. alhamdulillah,
dana yang diberikan sangat2 membantu ketika kami memerlukan. Aku berterima
kasih sangat, yang tersangat-sangat kpd yang memberi, kpd yang usaha mencari..
*shed tears.. you guys rockklah! Pastu dalam pukul 9 lebih macam tu kami
bertolak ke tempat ibadat tersebut sambil
membawa bekalan nasi yang disediakan Pak De Legend kami.. sambil bergerak tu
kami menelan la atas bas. Jimat waktu, bijak mencuri masa gitew.. mahasiswa kan. Pagi tu pun dah start dah macet dia. Co-pilot bas tolong clearkan jalan sampai ke hujung jalan lah..utk bas lalu. Rakyat sana bagi laluan dengan baik, Cuma tulah.. ada la beberapa motosikal yang gagah jugak nak lalu, maybe sebab dia kecik..so, ‘ gue kecil, gue pro, ke tepi-ke tepi, bisa lalu lagi nih’ dia lincah menyelit-nyelit dalam kesibukan lalu lintas tu. Tapi, memang ..kat sini..hang nak sampai ke destinasi.. hang kena berani mencelah, menyelit.. drift? tak dan, harap maaf. Mampat, drift tang mananya.
Perjalanan yang ambik masa dalam sejam lebih
tu membawa kami ke next destinasi iaitu Pura Amrta Jati, rumah ibadat agama
Hindu. Kami disambut dari luar ooiii, bagoih depa ni. So, bagi keselamatan
diri, and persediaan awal.. tambah2 bagi golongan yang lemah semangat or
seumpamanya.. kami mulakan program dengan sedikit bacaan doa dari wakil
teammate. Seusai berdoa, kami bergerak masuk melalui pintu gerbang yang menjadi
perantara antara dunia luar dan rumah ibadat tersebut. Reka bentuk dia, seperti
yang dapat hampa tengok dalam gambar2 yang aku lampirkan. Kami berkumpul di
kawasan yang mereka dah siapkan dengan susunan kerusi untuk kami duduk. Aku
tengok umat Hindu depa dengan umat Hindu kita lain weh. Lepastu baru aku sedaq,
ni agama..pegangan hidup bukan berdasarkan warna kulit. Haha, k, sorry.. assume
bukan2.Wakil kuil, memberi kata2 pembuka, menyambut kedatangan.. dan diteruskan dengan sedikit pengenalan tentang kuil.. Menurut wakil kuil, dalam kawasan tersebut, ada 3 bahagian.. pertama,
![]() |
| Pintu Gerbang |
![]() |
| ni bahagian tengah, tempat utk program kemanusiaan |
![]() |
| view tempat ibadat depa. |
Kami ada mintak kebenaran depa untuk tunjuk
cara depa sembahyang, depa setuju. Depa tebaq tikaq kecil yang memanjang ,
dalam dua row ja.. sebab ada beberapa orang ja wakil kuil time tu. Kebanyakan daripada mereka, pakai baju kaler
putih. Ada seorang wakil yang duduk atas wakaf tadi tu, nampak gaya dia akan
mengetuai upacara sembahyang depa. Pastu dia mula dengan bacaan2 suci depa,
diselang-selikan dengan bunyi loceng yang ada di tangan ketua tadi.. dalam masa
yg sama, sorang2 ambik bunga yang disediakan dalam raga and raga tu digerakkan
dari sorang ke sorang wakil kuil.. pastu, depa ambil beras letak kat dahi and
leher.. ada yg tabur atas kepala. Di bahagian
hadapan setiap sorang daripada mereka tu tadi ada dipasangkan colok. Asap2 tu
kadang depa ambik, buat sapu kat badan..Pastu dah last tu, yang ketua depa
tadi, turun daripada tempat wakaf tadi dan merenjis air kat setiap sorang wakil
kuil yang sembahyang. Selesai upacara sembahyang dan kami pun dah selesai round
kuil.. kami berkumpul semula kat tempat first kami kumpul tadi. ![]() |
| pisang salai |
1.
Tentang konsep Tuhan agama Hindu
-
Rekaan, ukiran patung yang mereka buat tu bukan bererti depa sembah patung
tersebut. Pendapat depa lagi bahawa, bila nak konsentrasi tu kan susah..kalau
tak dak medium, so, bila depa dah dapat bayangkan Sang pencipta or dah dapatkan
fokus..jadi, depa ‘mengistanakan’ ia untuk mudah dapatkan fokus tu nanti. Bila
lihat patung, jadi depa rasa dekat and senang dapat fokus untuk bayangkan Tuhan
depa ada di situ.
-
Pastu, wakil tersebut, bagi penerangan tentang maksud Brahma, Vishnu,
Shiva. Mereka menyembah Tuhan Tunggal bukan 3 tuhan yang diuar-uarkan tu, bagi depa Tuhan itu Esa bukan tiga, disebut Brahma
ketika fungsinya menciptakan alam ini. Apabila dah cipta, Dia memelihara apa
yang diciptakan itu digelar Vishnu dan apabila Dia mahu mengambil kembali apa
yang Dia cipta..dipanggil Shiva.
2.
Tentang Beras/ Bije (kalau tak salah ejaan dia macam tu) yang dipakai
-
Lambang kemakmuran.
- Selesai sembahyang, mereka mengharapkan keberkatan dari Tuhan dengan
pemberian beras tersebut.
-
Tak wajib pakai 3 biji pun, tapi bagi wakil kuil tu yang bagi penerangan
tentang Bije tu, dia pakai 3 biji sebab bagi dia beras tu melambangkan Brahma,
Vishnu, Shiva. Yang Tunggal, berada dalam diri dia, yang mempunyai 3 fungsi..yang
menciptakan dia, yang sedang memelihara dia dan yang akan mengambil dia
kembali.
3.
Tentang pemakaian selendang/kain di pinggang atau bahagian perut ketika nak
masuk ke tempat ibadat depa.
![]() |
| kain yg diikat di pinggang |
-Yang selalu susah untuk dikendalikan adalah
di bahagian perut.
-Perut juga menjadi pusat emosi, jadi bila
diikat dengan kain tersebut, depa akan ingat..ohhh..takleh marah, kena kawal
emosi. Kain tersebut menjadi peringatan kepada diri mereka bila emosi tak dapat
dikawal.
Banyak lagi pertanyaan yang diajukan, tapi yang
sempat aku rakam.. hat tu ja. Sorry~ nanti kalau aku dapat informasi tambahan.. aku
tambah,k.
Lepas habih penerangan, habih pemberian
cenderahati, kami pun bergegas keluar nak naik bas sebab nak gerak terus ke
next destinasi iaitu Vihara Kwan Im Thang. Untuk Vihara ni, aku dah cerita
dalam penulisan sebelum ni..sebab dia tentang Buddha.. so, aku sekalikan dengan
rumah ibadat first tentang Buddha. Selamat menyelak blog gue guys~
![]() |
| terik? no hal lah~ |




















