Friday, 1 November 2013

Kahwin ?


tahukah anda setiap yang hidup tu akan menghadapi kematian...?? so,dh siapkah diri anda nak menghadapinya.....?"



anyeong~ kali ni, aku nak cerita pasai KAWEN !! kawen ni satu bab yang asai cakap ja,pasti ramai yg overlimit pnya semangat la nak crita bab tu kan, sebab benda tu satu fitrah, mungkin..



zaman la ni..banyak gila masalah2 tentang remaja...ada yang bunuh diri dek kerana putus cinta ada yang dibunuh dengan kekasih sendiri....macam2. Makin hari rasanya semua macam tak mustahil nak jadi. Scary doe~ remaja perempuan yang di luar sana, harapnya smua dapat jga diri masing2,dpt jaga iman..dan teruslah berdoa utk brtemu dgn Mr.Right yg betul2 right lah...orang kata kita ni kena berdoa dari awal utk mncri bakal suami ...so,chaiyyokk--!!--kadang2 ALLAH tak bagi apa yang kita nak,tapi ALLAH bagi apa yang kita perlukan....ayat ni mesti rmai dh penah dengar kan..


cakap jugak fasal alam ni...ada sesetengah pihak berpendapat alam perkahwinan ni sangat menakutkan...tahu kenapa..? pernah dengar tak kes2 suami curang dengan perempuan lain even isteri tengah pregnant..kes isteri curang pun ada...heolll~ dunia2..ada pulak isteri kena pukul sampai teruk2 bagai...waaahhh- ada jugak yg bermadu...madu baik tak pa jugak, kalau sebaliknya...dah berani bermadu tak adil pulak si suami tu....ishhhh~ tak paham doe~ ok lah setel kat akhirat la kot semua tu...golongan2 ni lah yang telah menjadikan pandangan orang negatif terhadap sistem berpoligami...daripada untuk kebaikkan tukar jadi penderaan..

aku harap keadaan ni akan berkurang di masa akan datang...kepada semua insan yang nak menjejakkan kaki ke alam perkahwinan tu.. semoga dapat tunai tanggungjawab dengan baik as wife and husband. Kita nak jadi umat yang menyambung syiar Islam tau, bukan penunggang agama. noted and have a nice day mate~

















Tuesday, 4 June 2013

Solehah-To-Be




masih bertemu lagi kita.. ALHAMDULILAH---ALLAH masih mngizinkan hambaNya ini mlakukan ibadat2---
hahahahii~hati trasa 'jelous' dkt wanita2 yg sempurna tutup auratnya,tampak kesopananya,lemah-lembut,sopan santun...and so on lah -WANITA YANG SOLEHAH-

<----->twinz ryn & lyn<---->


seronoknya jdik mcm depa kan....hope so ^^ sesungguhnya, aku suka tengok kembaq.hee~

kadang2 tu trtnya2 la jugk...ibadah aku ni ditrima ka tk ? aku ni rapat tk ngn ALLAH ...? aku buat ni ikhlas ka tak..? qalbu oh qalbu.. bnyk btul pngacau2 bila kita nak brubah,bila kita nak bt ssuatu kebaikkan /amal ibadat kan, didik lah hati kita baik2 na... ^^ kita yang mencorakkannya..

ada suatu keadaan ni seorang non-muslim mengatakan kita orang Islam ni apa susah, buat dosa pun nnt Allah ampun..so, have fun je lah..sbb nnt Allah tetap akan ampun..hmmmm~ pendapat aku..yup-! Allah Maha Pengampun, memang tak dinafikan..tapi kita kena ingat jugak, bukan senang nak dapat khusyuk dalam solat ikhlas dalam beribadat..bukan nak cakap kat orangla,. diri sendiri ni pun sama..kita even nak buat solat taubat tu pun kita kena sentiasa buat...kita mana tau...waktu kita buat tu Allah terima ka tak kan.. kita akan sentiasa menjadi seorang yang berusaha mencari redhaNya..

nak jadik solehah pun ada syaratnya..nak tau silalah rujuk surah AN-NISA'..dan surah2 yang berkaitan...^^

checkout this blog ----->>
                           http://usrahislamiyah.blogspot.com/2011/03/adadadad.html






Monday, 27 May 2013

tetap SMKA ^^







Setelah aku melalui fasa 'result spm', maka aku perlu melalui fasa seterusnya iaitu 'nak sambung belajar ka dak?' kalau sambung.. 'nak sambung kat mana?'. Jadinya, disebabkan result SPM aku bagai telur di hujung tanduk dan dapat diselamatkan,. aku tak dipanggila la untuk menyambung pelajaran dalam institut2 yang berada di bawah pengelolaan kerajaan. Melalui sistem jugaklah aku dapar khabaran gembira yang mana aku dapat masuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama al-Mashoor Perempuan.

ALHAMDULILLAH- "bersyukur dgn apa yang dapat, teruskan usaha, jangan ada sifat angkuh, bongkak dalam diri dengan rezki yang anda semua dapat ye "

INSYAALLAH...diri ini akan berusaha sebaik mungkin utk mencari ilmu ALLAH yang diberkati. Semoga dapat mengembirakan orang sekeliling yang mendoakan kejayaan diri ini. Masuk sini depa kata kena kuat mental bagai, sebab budak2 sini pandang rendah kat f6 ni (what o_O ??) perlukah? I mean, perlukah nak pandang rendah. Dik~ kita student bukan penghukum. Jangan lagak seperti hidup ko dah ada penutup yeee~

F6 guna sistem baru. So, susah tak susah laa.. so-so , sbb buku pun tak banyak lagi.. tak tau cara permakahan yang sebenar2 nya. Tapi ada jugak lah kelebihan sistem baru ni, sebab dia macam U , ada 3 sem, sem 2 renyah sikit, sebab dalam sem 2 tu ada exam and kena buat PBS, PBS tu untuk 3 or 4 subjek. daaannnn~ semua tu ada presentation sekali dengan subjek Arab. ko rase aku boleh dah jadi syeikh lepas present ? hahahaha. mari kita sembang Arab. Bagi golongan yang anti-presentation ni, bila dengaq fakta tu, waduhh, mau getar tulang rusuk, tulang belulang, daging, lemak..tapi..tulah, expectation. Hari kejadian kita tak pasti apa yang berlaku kan.. so, DONT GIVE UP GAISS!!


belanja sikit gambaq lower 6:








tak semua stay, sebab ada yang dapat rezeki belajar tang lain. Kiat jangan jadi penghalang kejayaan orang tau, anak-anak. Kita kena jadi kawan yang supportive. Kalau dia nak berjaya, kita pun nak. Sama-sama usaha, InsyaAllah, sama-sama dapat. so, have a goodday mate~

Thursday, 4 April 2013

Waktu Solat






kaifahaluka/kaifahaluki ?? ana...? ALHAMDULILLAH BIIZNILLAH terlebih sihat dah ni haa, jangan ditanya ^_^ 

budak asrama~ ingat tak ? time sebelum nak tidoq, kita akan buat halaqah, tak kira lah yang dah tidoq ka yang dok basuh baju ka, semua kena buat halaqah and baca surah al-Mulk. harap ingat la lagi memori2 tu. disebabkan selalu buat tu laa yang kita mampu hafal tau. haa,fakta di sini.. nak menghafal, kena mengulang,k.

acano pulak SOLAT? ok?

Solat Subuh pukul berapa pagi tadi?

Pukul 4 baru solat Zohor?

Solat Asar pulak pkul 7.00 petang..

Solat Maghrib pukul 8.00 malam..asyik tengok tv..
bila mak ayah dah mula bising, barulah terkejar-kejar nak pi solat.
Isyak pulak....?solat tak malam tadi, sebelum tidur...??



Cuba ingat semula, seawal mana kita menunaikan solat.

adakah seawal 5 minit selepas usai azan menandakan masuknya waktu solat atau 5 minit lagi nak masuk waktu solat berikutnya.



Tepuk dada, tanyalah iman.

tuan yang menulis ni pun kadang2, lalai jugak.

bila dah duduk depan laptop, semua benda tak ingat,.tapi bila terbaca tentang artikel ni, barulah tersedar tentang pentingnya solat di awal waktu.



Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi. 



Pada waktu Subuh.

alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. 

Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. 



Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. 



Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi. 



Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ? 



Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita. 



Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.



Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 



Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail. 



Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. 



Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.



renung-renungkan dan slamat beramal



JOM BERUBAH JOM MUHASABAH JOM MENUJU KE AL-JANNAH ^^


Sunday, 24 March 2013

SPM'S YEAR














ok2,test mooooood~ 
ok lah, kira stabil dah la kot minda aku ni 🤣

sapa yang tak tau tarikh 21032013 ~ mai sni ceq nak habaq ada apa tarikh tu.. haa,tu lah tarikh di mana kakak hampa ,abang hampa, kawan hampa, adik hampa, sepupu hampa jiran hampa dan sapa2 yang lahir tahun 1995 menerima keputusan SPM. 

Result aku?? ALHAMDULILLAH la ada A ye di situ-hahahaha- meh sini aku cerita macamana perasaan time hari kejadian- berbulan2 punya tunggu tak rasa apa pun, tapi tetap berdoa untuk yg trbaik.. ^_^ sampai ja haritu~ perghhh!! ketaq satu badan. Tapi bila jumpa kawan yang berbulan2 tak jmpa, ketaq jumpak depa melebihi ketaq nak ambik result. bahahahah~ ok, aku fast forwardkan sikit na, lepas settel aku jumpak cikgu apa semua, ambik dah result n salam cikgu apa semua maka tanpa berlengah lagi aku pun nak pulang la ke rumah sekali la dengan parents aku ni.. sekali time dalam kereta on the way nak balik tu aku kena kecam guys, kecam dengan parents sendiri guys~

Dengan tidak semena-menanya keaktifan aku dalam kawad dijadikan punca aku tak dapat straight A. WOW! aku macam... WHATTT??!! time tu aku macam tak ketahuan.. haha. blurred. salah sapa ? sapa yang patut disalahkan? tah laa.. aku sendiri tak target tinggi.. hailah mak abah~ mungkin sebab anak sulung. so, depa nak yg gempak.. iya ngakk pa pa~ terseraah. tapi.. tu laah~ tinggi sangat targetnya mak ooiiii~ kan dah jatuh tersimpuh. anakmu ini idok ler geliga benor, maleh satu hal la. tapi, still ada A di situ, ok what~ 2 minggu jugak la , kemurungan menyelubungi, salah satu faktor sebab tengok muka mak abah la.. yang kuciwa dengan anak sulung depa ni.. hahaha, rasa bersalah bercampur dengan nak pertahankan diri sendiri..  aku bukan boleh, almaklumlah.. orang kata putih mata besaq ni senang mengalirkan air mata, iya gue setuju sehh dengan penyataan itu sama ada auta or fakta, gue udah hadap. 


bila mak aku bagitau result aku kat orang, depa akan cakap, "ok la tu,rezeki masing2" YES!! memang rezeki masing2 makcik, saya faham ALLAH bagi rezeki kat kita, kita kena bersyukur. YES!! saya bersyukur makcik bawangg oooiii ~ BUT! yang makcik mengata belakang kenapa?! why makcik,why??!! ayyyyy~ kat mulut lain, macam mana ni makcik .. jangan la macam tu~ ye kepada yang lain2 , jangan dok pelekeh orang suka2 hati, future depa bukan ada kattangan hang la wehh, melainkan hang tu tuhan, tau ?! behave sikit, anak cucu hang nanti pun belum tentu lagi hidup macam mana bahkan hang sendiri..masa depan tak terjamin lagi. harap semua boleh bertendang, eh bertenang..haha, settle masa depan masing2 elok2 molek2 sesuai dengan tuntutan syariah na. so, semoga berjaya dunia akhirat.

Semua benda yang berlaku ada hikmah laa~ sapa la kita ni nak melawan kehendak Allah. Usaha untuk postifkan minda , positifkan hati. nak ubah ? bergerak ! jangan dok diam, k. Semoga Allah sentiasa merahmati.